Sunday, August 21, 2011

Kastam Kelantan dapat Pengarah baharu

Tanggal 18/8/2011 Jabatan Kastam Diraja Malaysia negeri Kelantan(JKDM) mendapat pengarah yang baharu.Upacara serah menyerah tugas telah diadakan pada 21/8/2011.Mantan Pengarah JKDM Kelantan Dato' Shahrudin b. Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan beliau digantikan oleh mantan Pengarah Kastam negeri Perlis iaitu Tn Mohd Isa bin Endut yang dinaikkan pangkat JUSA.Warga JKDM Kelantan dengan ini ingin merakamkan ucapan tahniah di atas kenaikan pangkat kedua-dua personaliti tersebut.Semoga dengan kepimpinan yang baru ini akan memberikan inspirasi baru kepada warga untuk lebih tekun dan hasrat untuk menjadikan Kastam bertaraf dunia pada tahun 2015 akan tercapai InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment