VISI JKDM
Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015
MISI JKDM
Memacu Pertumbuhan Ekonomi,Memelihara Keselamatan Negara Dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil,Fasilitasi Perdagangan Dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan Undang-Undang Secara Cekap Dan Berkesan.
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai import/eksport negara, JKDM diterajui oleh seorang Ketua Pengarah dan dibantu oleh 3 orang timbalan , iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan, Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Kastam / Cukai Dalam Negeri dan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia.
JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat, iaitu ; Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.
Disamping itu, JKDM turut mengadakan kerjasama dengan badan dunia, World Customs Organisation ( WCO ) dan negara-negara ASEAN yang lain iaitu, Royal Customs and Excise Department Negara Brunei Darussalam,The Bureau of Customs (BOC) Philippines, Direktorat Jenderal Bea & Cukai Indonesia, General Department of Customs and Excise of Cambodia, Laos P.D.R Customs, Myanmar Customs Department, Singapore Customs Department ( 新加坡海关总署 ), The Customs Department of the Kingdom of Thailand ( กรมศุลกาก
No comments:
Post a Comment