Tuesday, January 18, 2011

HRMIS

--HRMIS
Apakah HRMIS?
•    HRMIS merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara.
•    HRMIS adalah satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam.
•    HRMIS telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan oleh seluruh Perkhidmatan Awam Malaysia secara berperingkat. HRMIS akan menjadi sistem tunggal pengurusan sumber manusia sektor awam

Bermula 2011 ini  JKDM Kelantan mula melaksanakan modul pengurusan prestasi dalam sistem ini.Adalah diharapkan dengan penggunaan modul ini akan memudahkan lagi para anggota untuk menyedia dan membuat penilaian terhadap prestasi masing-masing.Portal HRMIS boleh dilayari di SINI

Dairi JKDM Kelantan 18/01/2011

  JKDM Kelantan dapat komplek Pejabat Baharu.

 Komplek Pejabat Dalam Pembinaan

Rumah Rakit yang sudah dinaiktaraf

Sesuai dengan peredaran zaman yang sentiasa berubah kepada yang lebih baik JKDM Kelantan  mendapat komplek pentadbiran baharu yang kini berada di peringkat akhir pembinaan.Dijangka ianya akan dapat digunakan pada pertengahan tahun 2011 ini.Komplek pejabat  yang cantik ini dibina di tapak asal dipinggir sungai Kelantan yang merupakan lokasi asal pejabat JKDM Kelantan.Di lokasi yang sama juga tersergam indah  rumah rakit  yang sudah dinaik taraf dan siap untuk digunakan.Adalah diharapkan dengan siapnya komplek pejabat baharu ini akan menceriakan dan merangsang para anggota JKDM untuk terus komited dalam penyampaian tugasan masing-masing.

Sunday, January 16, 2011

Dairi JKDM Kelantan 17/1/2011

Taklimat Cukai Perkhidmatan


Para Pelesen Cukai Perkhidmatan yang berdaftar di negeri Kelantan diberi taklimat berkaitan perubahan kadar cukai perkhidmatan daripada 5% kepada 6% yang  berkuatkuasa pada Januari 2011 dan cara pengiraan pembayarannya.Taklimat disampaikan oleh Pegawai kanan Bahagian Cukai Dalam Negeri  Kastam Diraja Malaysia Negeri Kelantan.

__________________________________________________________

Taklimat ABM
Taklimat Penyediaan Anggaran belanjawan Mengurus (ABM) 2011/2013 disampaikan oleh Tn Hj Abd Rahman Yusof daripada Ibu Pejabat Kastam Putrajaya.Tumpuan taklimat adalah kepada penyediaan  ABM yang terancang dan bersistem.Peserta adalah terdiri daripada para pegawai JKDM Kelantan,Terengganu dan Pahang.Pengarah-pengarah Kastam Kelantan dan  Pahang turut hadir.

Wednesday, January 12, 2011

Profil JKDM

 VISI JKDM
          Menjadikan Perkhidmatan Kastam Malaysia Bertaraf Dunia Pada Tahun 2015
    MISI JKDM

Memacu Pertumbuhan Ekonomi,Memelihara Keselamatan Negara Dan Kesejahteraan Rakyat Melalui Perkhidmatan Pungutan Hasil,Fasilitasi Perdagangan Dan Perindustrian Serta Memastikan Pematuhan           Undang-Undang Secara Cekap Dan Berkesan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) adalah salah sebuah badan jabatan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Berfungsi sebagai pemungut cukai  import/eksport negara, JKDM diterajui oleh seorang  Ketua Pengarah dan dibantu oleh 3 orang timbalan , iaitu  Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan,  Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Kastam / Cukai Dalam Negeri dan  Timbalan Ketua Pengarah Kastam Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia.
JKDM terbahagi kepada beberapa bahagian utama bagi menjaga keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat, iaitu ; Bahagian Perkastaman & Cukai Dalam Negeri, Bahagian Perkhidmatan Teknik dan Bahagian Penguatkuasaan / Pematuhan.
Disamping itu, JKDM turut mengadakan kerjasama dengan badan dunia, World Customs Organisation ( WCO ) dan negara-negara ASEAN yang lain iaitu, Royal Customs and Excise Department Negara Brunei Darussalam,The Bureau of Customs (BOC) Philippines, Direktorat Jenderal Bea & Cukai Indonesia, General Department of Customs and Excise of Cambodia, Laos P.D.R Customs, Myanmar Customs Department, Singapore Customs Department ( 新加坡海关总署 ), The Customs Department of the Kingdom of Thailand ( กรมศุลกาก